Saturday, December 8, 2018


BBM3410/18 : FACEBOOK ATAU MUKA BUKU !

Hai semua!
Diharapakan korang semua berada dlm keadaan sihat hendaknya..
.
.
Kemaskini akaun Instagram sudah..
Kemaskini akaun Twitter sudah..
.
.
Untuk kelas Multimedia bagi Minggu 12 aku dan rakan-rakan kena kemaskini akaun Facebook.
.
.
Aku dan rakan-rakan ditugaskan utk memuat naik gambar bersama dengan Prof..
.
.
Post tersebut hendaklah disetkan sebagai public dan diletakkan watermark pada gambar.



Post pertama !


Post kedua !


Gambar yang diletakkan watermark !

Ini sahaja perkongsian aku buat kali ini..
.
.
Terima kasih pada yg sudi membaca..

Thursday, December 6, 2018



BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH !!

Apa itu video tanpa wajah?
Video tanpa wajah bermaksud rakaman video yang dibuat tanpa memaparkan wajah para pelakon ke dalam video tersebut.
.
.
Berikut merupakan proses penting dalam penghasilan video tanpa wajah :
.
.
1) Pemilihan lagu
Lagu yang dipilih mestilah menarik.
.
.
2) Jalan cerita berdasarkan lagu
Jalan cerita mestilah berkait dengan lagu yang dipilih bagi menarik minat penonton.
.
.
3) Sudut rakaman yang sesuai
Sudut rakaman yang bagus akan menghasilkan video yang menarik dan berkualiti.
Pemilihan sudut yang sesuai dapat mengelakkan wajah pelakon kelihatan.




BBM3410 : VIDEO ONE SHOT !!

Assalamualaikum semua!
Apa itu video one shot?
Video one shot bermaksud video yang dirakam tanpa henti dan kedudukan kamera yang statik tanpa mengubah kedudukannya.
.
.
1) Video one shot 1 layer
Bermaksud rakaman yang dibuat melibatkan latar tempat yang kosong dan hanya individu yang terlibat berada dalam video.
.
.
2) Video one shot 2 layer
Melibatkan dua lapisan pergerakan. 
Contohnya:
a) Penyanyi berfungsi sebagai lapisan pertama dalam video.
b) Pelakon berfungsi sebagai lapisan kedua dalam video.
.
.
3) Video one shot 3 layer
Melibatkan tiga lapisan pergerakan.
Contohnya:
a) Penyanyi berfungsi sebagai lapisan pertama dalam video.
b) Pelakon berfungsi sebagai lapisan kedua dalam video.
c) Pergerakan yang tidak dirancang sama ada tumbuhan atau manusia.




BBM3410 : PAPAN CERITA !!

Hai semua..
.
.
Apa itu papan cerita?
.
.
Papan cerita ialah lakaran untuk menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia.

Ia juga dianggap sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.

Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Proses penghasilan e-majalah.
.
.
1. Pilih satu jenis produk yang menarik untuk divariasikan.
Pastikan produk yang dipilih mudah untuk divariasikan jenis produk tersebut.
Contohnya : Baju.
.
.
2. Variasikan kepada pelbagai jenis produk yang berbeza. 
Produk tersebut haruslah mempunyai perbezaan.
Contohnya:
a) Baju wanita
b) Baju lelaki
c) Baju kanak-kanak
.
.
3. Paparan teks.
Setiap produk mempunyai paparan teks iaitu huraian kepada produk.
Paparan teks penting agar maklumat yang ingin disampaikan dapat diketahui oleh pembaca.
Contohnya:
a) Jenis fabrik
b) Kesesuaian majlis 

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK !!

Selamat petang semua!
Harini aku nak share dgn korang nota asas grafik.
.
.
Apa itu grafik?
Grafik bermaksud kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang dan perkataan bagi menterjemahkan konsep atau idea kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu.
.
.
Terdapat lima jenis asas grafik yang utama iaitu:
.
.
1) Mudah
Gambar yang dipaparkan dapat difahami dan menunjukkan kefahaman yang jelas kepada penonton.
.
.
2) Keseimbangan
Susunan bahan atau objek mestilah seimbang dan mengikut ukuran sudut yang betul bagi setiap gambar.
.
.
3) Kesesuaian
Objek yang dipaparkan dalam gambar mestilah bersesuaian dari segi susunan, bentuk dan warna.
.
.
4) Teks
Teks memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.
.
.
5) Warna
Warna yang menarik dan pelbagai dapat menarik minat pembaca.

Friday, November 16, 2018



BBM3410/18

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN VIDEO ONE SHOT TWO LAYER !

Hai semua...
Korang semua apa khabar? Sihat ke?
.
.
Harini aku nk cerita tentang pembikinan video one shot two layer kumpulan kitorang..
iaitu kumpulan..
.
.
Panglima Awang..
.
.
Susah betul nak buat pemilihan lagu untuk video kali nie..
3 hari kitorang fikir..hhmmm
.
.
Setelah berbincang...
Akhirnya, kitorang sepakat memilih lagu Joget Lambak nyanyian Adam...
Lagu nie betul-betul rancak bg aku...



Sebelum pembikinan video..


Selepas pembikinan video...


Aku tak sabar nak tgok video lg tujuh kumpulan selain kumpulan kitorang..hehehe
Sama-samalah kita nantikan hari Isnin nie..

BBM3410/18

VIDEO ONE SHOT ONE LAYER MENDAPAT PUJIAN !

Hello gais...
.
.
Pada hari Isnin baru-baru, aku dan rakan-rakan telah mempersembahkan video one shot one layer yg kitorang hasilkan semasa kelas Multimedia..
.
.
Di antara 8 video yg ditayangkan..
Prof umumkan bahawa ada 2 kumpulan yg terbaik dan Prof suka..
Kumpulan pertama...
Kumpulan Mawar Production dgn lagu yg berjudul Syinta Gila..
dan..
.
.
Kumpulan Panglima Awang dgn lagu yg berjudul Hajat (yg nie kumpulan aku tau)...
.
.
Korang boleh tgok video kitorang kat bawah nie...
.
.
Selamat menonton !






Thursday, November 15, 2018



BBM3410/18

BUAT KALENDAR MEJA MENGGUNAKAN APLIKASI PHOTOSHOP !


Hai semua!
.
.
Harini aku dan rakan-rakan takde kelas amali Multimedia...
Tapi kitorang kena hasilkan satu video tutorial cara membuat kalendar meja dgn menggunakan aplikasi photoshop..
.
.
Jom sama-sama kita saksikan video yg aku dah buat td..
.
.
Korang abaikan jelah muka aku yg breakout tu..





Tadaa~~ ini lah hasilnya setelah selesai diedit

Alhamdulillah...
Kalendar meja aku dh siap bermula bulan Januari hingga bulan September..
Jadi lepas ni boleh lah aku sambung buat bulan November dan Disember..
.
.
Lepastu siap!! hehehe..



BBM3410/18

PROF AKU MASUK TV !

Assalamualaikum teman-teman !
.
.
Baiklah.. Harini aku nk berkongsi cerita tentang tugasan subjek Multimedia yg berlangsung secara atas talian pada hari Isnin yg lepas...
.
.
Aku ingatkan Prof nak suruh jawab soalan kuiz dalam Putrablast..
Jadi aku bermalas-malasan nak bangkit dari tempat beradu sbb ingtkn nk jawab kuiz tu kejap je..
.
.
Niat aku nk bermalas-malas terpaksa dikuburkan sbb ketua kelas maklumkan bahawa kitorang kena tgok rancangan televisyen siaran Tv AlHijrah..
Aku pun apa lg..
Bingkas bgun lah tgok rancangan tu..
.
.
Prof aku membicarakan topik Martabat Bahasa Melayu & Keharmonian kaum...
.
.
Gigih aku catat isi-isi penting yg Prof sampaikan..hehehe
.
.
Saya bangga dgn Prof saya !



Prof Aku mcm artis !



Gambar Prof yg aku post kat Instagram




Terima kasih Prof sudi bg like :)

Tuesday, November 13, 2018


BBM3410/18

TUGASAN MULTIMEDIA : KAMPUNGKU !

Assalamualaikum semua!
Semoga korang berada dlm keadaan baik hendaknya..
.
.
Ok.. Pada kali ini entri aku berkaitan dengan tugasan multimedia sewaktu cuti pertengahan semester..
.
.
Prof lah nie...
Bagi tugasan pulak..
Aku baru je nk merasa cuti yg seronok tanpa sbrang gangguan...
.
.
Tp aku tak kesah pun sbb tugasan yg Prof bg mudah je..
Cuma kena tangkap gambar je..
Sebanyak 10 keping bertemakan Kampungku...
Thank you Prof sbb bg tugasan yg senang je...
Saya sayang Prof !
Muahhh !
.
.
Kat bawah nie ada beberapa gambar yg aku tangkap sepanjang berada di kampung halaman...
Jemputlah tgok ye para sahabat..hehehe



Turun je dpd bas.. Inilah view pertama yg aku dpt lihat !



Kegigihan sepupu aku membaiki mesin padi !



Mandi manda di Hutan Lipur Lata Belatan



Adik lelaki aku dgn gf kesayangan dia !



Kegemaran aku : Air Teh Hijau dan Nasi Ayam



Jalan-jalan ke bandar : Membeli tiket bas utk pulang ke UPM


Eh kenapa tak cukup 10?
Kalau nak tgok lebih dpd 10 pun boleh...
Jemput singgah ke Instagram milik aku..
@adelfdlh

Saturday, November 10, 2018


BBM3410/18

SEPETANG DI SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT !

Bertemu kembali !
Entri kali ini aku nak cerita pasal sungai..
Tahun lepas sewaktu mid sem break aku dan lg 2 org rumet aku tak balik kg..
Kami kebosanan di bilik...
.
.
Nasib baik ada rumet yg prihatin ajak kitorang keluar g mndi sungai...
Nama dia Arfah Hanim..
Aku suka dia sbb dia comel sgt..
Rasa nk cubit-cubit pipi dia yg gebu tu..
.
.
Kelam kabut kitorang bersiap bila Arfah call ckp dia dah on the way dari Hulu Langat nak dtg ambik kitorang kat kolej..
.
.
Perjalanan ke Sungai Congkak sgt memenatkan..
Mungkin sbb aku belom pernah sampai sini...
Mujur ada waze...
Pusing sini..
Pusing sana..
Akhirnya sampai..
.
.
Yang pasti aku suka dgn suasana tenang dan nyaman tempat nie..
.
.
Kemudahan spt tandas dan surau ada disediakan...
Nak kata selesa sgt tu tidak..
Tapi boleh lah..
.
.
Cuma keadaan tandas sgt menyedihkan bg aku..
Pintu tandas hampir roboh..
Bila teringat peristiwa tu aku rasa kelakar...hahaha
.
.
Kat bawah nie gambar kitorang sebelum dan selepas mandi..
Taknak tunjuk masa tgh jd badak dlm sungai tu..
Kang pengsan pulak korang tgok..hahaha

Sebelum : Marilah kita terjun !

Selepas : Menggigil kesejukan !






Monday, November 5, 2018



BBM3410/18

TWITTER OH TWITTER !

Hai kawan-kawan!
.
.
Harini aku nk cerita sikit pasal Twitter..
Baru-baru ni aku dan classmates diarahkan buat akaun Twitter..
Sape bg arahan?
Sudah tentu Prof kitorang yg paling cantik iaitu Dr Notts.
.
.
Anti social lah aku lepas nie..
Sepanjang masa dgn gajet..
Tak giteww...
Dah bertambah dah akaun aku...
Facebook ada..
Instagram ada..
Youtube ada..
Blog ada..
Twitter pun aku dah ada (walaupun tak tahu cara nak guna)..


Inilah akaun Twitter sy!
Follow lah kalau sudi..:)


Tweet pertama sy !

Jumlah Tweet terkini !




Retweet dan komen tweet rakan !


Kat bawah nie ada gambar cubaan aku buat bebenang di Twitter..hihiks
Sekadar cubaan je..
Maklumlah, aku baru bertatih nak guna Twitter nie..
hehehe


Pertama !



Kedua !


Sudi-sudilah korang ikuti Twitter aku..
@adel_fdlh
Jgn risau..
Nt aku ikuti semula ye..
.
.
Sempat lg nk promote..hehehe



BBM3410/18

SAMBAL TEMPOYAK UDANG DAN PETAI !

Lama betul rasanya tak makan petai..
Aku dan adik-adik aku hantu petai..
.
.
Aku teringin nak makan sambal tempoyak petai letak cili banyak2..hihihi
Apa lg..
Awal-awal pg aku dgn adik pompuan keluar g pasar beli petai..
Lepastu kitorang g rumah nenek..
Sbb rumah nenek aku ada stok tempoyak asli..hehehe
.
.
Meh aku kongsikan cara nak masak lauk ni..
.
.
1) Kisar - Seulas bawang putih, seulas bawang merah, cili padi secukupnya dan sedikit kunyit.
2) Tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau.
     Masukkan tempoyak secukupnya (aku guna satu senduk besar)...
     Kemudian kacau rata.
3) Masukkan secawan santan pekat. Kecilkan api.
    Biarkan sehingga pecah minyak dan pekat.
    Kemudian, masukkan udang, petai dan hirisan daun kunyit.
4) Perasakan.
    Siap untuk dimakan bersama nasi putih..



Nampak menyelerakan, bukan?


Lauk gini nampak simple tp rasa dia memang perghhh...
Hingga menjilat jari..hehehe

Friday, November 2, 2018


BBM3410/18

ASTAKA MOROCCO !

Assalamualaikum dan hai semua !
.
.
Masa semester 5 kalau tak silap aku ustaz yg mengajar subjek bahasa Arab kelas aku ada bagi tugasan...
Ustaz suruh kitorang pergi tempat yg menarik sekitar UPM nie lepastu buat sebuah karangan...
.
.
Aku pun apa lagi...
Terus tanya Mr. Google tempat yg menarik berdekatan dgn UPM nie..
.
.
Google punya google aku tertarik dengan Astaka Morocco...
Aku and the geng plan nk g sini hari minggu...
.
.
Hohoho!
Mudah betul perjalanan aku bila ada member yg ada kereta nie...
Boleh tumpang sekaki..hehehe..
Thank you Dayah yang cantik lg menawan..
Muahhhh!
.
.
Masa sampai kat pintu masuk kitorang kena tahan dgn makcik guard...
Dia tanya nak masuk buat apa..
Kitorang cakap lah nk jalan-jalan sbb tak pernah dtg sini...
Pastu dia tanya lg...
Ada bawa camera ke nak tangkap gmbar ke buat photoshoot ke..?
Kitorang ckp nak ambik gambar tp guna handphone je...
Sambil keluarkan fon kecik aku dpd poket..
Makcik guard tu ckp kalau nak buat photoshoot kena bayar...
Mahal atau murah bayaran?
Tak pasti lah pulak sbb aku tak tanya makcik tu..
.
.
Masa mula-mula masuk tu aku bukan main teruja lg...
Sebab apa?
Sebab view dia memang cantik...
Subahanallah...
.
.
Tanpa membuang masa aku terus keluarkan fon pastu tangkap gambar banyak-banyak..



Berdekatan dgn pintu masuk Astaka Morocco !


Seni bina bangunan yg sgt unik !


Kalau tunjuk gambar nie pastu ckp aku kat Morocco mesti ramai yg percaya nie..hihihi



BBM3410/18

JARI KONTOT !!

Hai kawan-kawan semua!
.
.
Korang sihat tak?
Aku yakin korang bertambah sihat..
Al maklumlah masing2 tengah seronok menikmati midsem break kat kampung...
.
.
Cerita aku pada kali ini adalah..
.
.
Prof suruh post gambar kat instagram...
Nak tahu tak gambar apa?
Prof nie suka kitorang buat benda pelik2..
Ada ke patut suruh kitorang post gambar jari tunjukkan tanda ok..
Apa ada hal senang je nak buat..
Orang indon bilang gampang..hehehe
.
.
Nak tgok gambar jari kontot aku tak?
Korang jgn berani gelak eh..

Tadaa~~ inilah gambar jari kontot aku yg korang nk sgt tgok tu :)

Tak sampai separuh hari Prof dah like gambar yg aku post..
Apa? Tak percaya?
Aku ada bukti tau..
Korang tgok gambar kat bawah nie !

Thank you Prof !

Eh aku lupa nk bgtau kenapa kitorang kena tangkap gambar nie..
Gambar tanda jari OK nie kitorang kena tangkap kalau setuju untuk adakan kelas atas talian pada hari Isnin minggu depan..
.
.
Ofkos lah aku setuju..
.
.
Sebab....
aku takyah susah2 nak iron tudung untuk ke kelas..hahaha
Nampak tak betapa pemalasnya aku nie..

Tuesday, October 30, 2018


BBM3410/18

HARI KONVOKESYEN AMOI !!

Assalamualaikum dan salam ukhwah!
.
.
Hari ahad lepas rumet aku konvo..
Nama penuh dia Nurul Fazilah Azuana binti Saidul..
Sedap kan nama dia..
.
.
Nak tahu tak aku panggil dia ape?
.
.
Aku panggil Amoi...
Kenapa Amoi?
Aku pun tak tahu sbb first time berkenalan dia kenalkan diri dia dgn nama Amoi..
Jadi aku panggil Amoi jelah walaupun dia bukan Chinese..hahaha
.
.
Rumet aku nie asal Sabah...
Dia dtg sini 3 hari sebelum konvo..
Awal kan?

Tahniah rumet yg cantik!

Kenapa mesti kaitkan bunga dengan majlis konvo?
.
.
Rasa mcm tak lengkap kan sambutan konvo tanpa jambangan bunga..

Jambangan bunga utk rumet tercinta!

Jambangan bunga dan bear nie tak mahal mana pun...
Yg penting ikhlas...hehehe
.
.
Aku dtg awal haritu..
Alhamdulillah aku sempat jumpa dia sblm dia masuk dewan..
Aku sengaja dtg awal sbb skrg nie selalu hujan petang..
Dah musim tengkujuh agaknya..
.
.
Sangkaan aku tepat...
Pada ptg tu langit menangis...
Boleh jd ahli nujum mak belalang aku nie..

Friday, October 26, 2018


BBM3410/18

HAJAT !!!

Bertemu lagi gais!
.
.
Baiklah, dalam entri kali ini aku nak ceritakan tentang persediaan aku and the geng
sebelum record video one shot yang sebenar...
.
.
Korang tahu tak?
Selepas 2 hari dapat tugasan baru kitorang terkial-kial nak...
Hafal lirik...
Hafal step..
Atur kedudukan..
Berlatih menari..
dan macam-macam lg lah..
.
.
Kitorang ambik masa 1 jam je tau utk berlatih..
Haa apa? Tak percaya?
Aku tak suruh korang percaya pun..hahaha
.
.
Byk kali jugak lah kitorang record video one shot yang sebenar..
Ada dalam 5 kali kot..
Bukan apa..
Record banyak kali tu sbb kitorang pentingkan kualiti..
.
.
Kualiti lah sgt..
Padahal ada yg terkeluar dari landasan masa record video tu..hahaha
.
.
Kat bawah nie aku kongsikan gambar lepas selesai buat video..
Becak ketiak woi...

Gaya formal!


Free style!







BBM3410/18

TUGASAN MINGGU TUJUH !!

Assalamualaikum semua!
.
.
Pada tarikh 22 Oktober yang lalu aku dan kawan-kawan diberikan tugasan oleh Prof..
.
.
Huhhh...Tugasan lagi..
Haaa! Tengok, belom apa-apa dah mengeluh..hahaha
.
.
Korang nak tahu tak ape tugasannya?
Tugasan kali nie agak mencabar bagi aku sbb kitorang kena hasilkan one shot video..
.
.
Aduhh....
Nak kena miming dan menari lah pulak..
.
.
Pada mulanya aku and the gang memilih lagu bertajuk Aisyah nyanyian oleh Projector Band..
Tapi bila aku baca dan teliti lirik lagu tu..
Aku rasa kitorang kena tukar lagu sbb lirik lagu tu ada percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris..
.
.

Aku letak gambar je.. Korang boleh dgr lagu nie kat YouTube!

Prof cakap boleh pilih lagu melayu sahaja!
.
.
Jadi, setelah berbincang sesama ahli kumpulan...
Kami sebulat suara memilih lagu Hajat nyanyian Hael Husaini..
Hah? Sape Hael?
Ada yg tak kenal ke?

Hensem betullah Hael nie..

Lagu nie lagu baru tau..
Korang dah pernah dgr belom?
Kalau belom pergi buka JOOX sekarang! Hahaha
.
.
Aku harap menjadi lah video kitorang nt dan tak kena ulang buat banyak kali...


Thursday, October 18, 2018


BBM3410/18

BAGAIMANA MENGATASI KEGUGUPAN!

Bertemu kembali!
.
.
Rasa cemas, gugup dan gementar sewaktu berhadapan dgn khalayak semasa memberi ucapan?
Kalau korang nak tahu, hampir 75% orang dewasa mengalami situasi ini sewaktu berucap.
.
.
Jadi, di sini aku nak kongsikan beberapa tips utk mengatasi masalah ini.
.
.
1) Selitkan unsur jenaka
Semasa memberi ucapan, kita tidak boleh terlalu serius kerana audien mungkin sukar menerima apa yang kita cuba sampaikan.
Untuk menarik perhatian mereka..
kita boleh membuat selingan dgn menyelitkan unsur jenaka supaya suasana lebih santai dan selesa.

2) Tonjolkan ekspresi dan emosi
Semasa bercakap, cuba tunjukkan emosi supaya tdk kelihatan terlalu formal dan kaku di hadapan audien.

3) Latihan demi latihan
Tidak semua org ada bakat untuk bercakap dengan baik.
Namun, walaupun tidak berbakat, kita boleh mahirkan diri dengan berlatih bercakap di hadapan orang lain.
Melalui latihan yang berterusan kita dapat meningkatkan kemahiran bercakap dan mengesan kelemahan diri.
Insya-Allah..
.
.
Aku harap tips yang aku berikan ini dapat membantu kalian!

BBM3410/18

JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG!

Hai semua!
.
.
Minggu lepas aku dan rakan-rakan ada presentation bagi subjek Keterampilan Berbahasa Melayu.
Pada pendapat korang lah kan..
Mudah atau sukar untuk menyampaikan ucapan di hadapan khalayak?
Aku ni jarang beri ucapan depan khalayak..
Jadi, bagi aku agak sukar..
Aku lebih gemar menulis..hehehe
.
.
Aku dan ahli kumpulan membuat latihan sebelum presentation yg sebenar..
Bagi aku, latihan ni penting sebab kita tidak boleh berucap melebihi masa yang telah ditetapkan.
Masa yang diperuntukkan hanyalah 10 minit..
Kalau lebih dari 10 minit markah akan dipotong..hohoho
Abislah kau!
.
.
Yang paling aku risau ialah dialek!
Kang lidah ni tersasul keluar dialek kelantan naya aku kena bahan..
.
.
Syukur, alhamdulillah..
Walaupun kami datang dari negeri yang berlainan namun kami semua berjaya bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu baku dengan baik semasa presentation berlangsung.

Syabas rakan-rakan!
.
Aku sayang korang!
.
Muahhh!




Gambar kami bersama Dr Norazlina (Pensyarah subjek Keterampilan Berbahasa Melayu)




BBM3410/18

ITS TIPS TIME !

Topik kita harini ialah:

PARUT JERAWAT LENYAP DENGAN 2 BAHAN DAPUR

Biasalah bila jerawat dah hilang,
parut jerawat pulak yg jd masalah kan?
Sebenarnya senang je nak atasi masalah ni.
Kita hanya perlu gunakan 2 bahan yg ada kt dapur tu je.
.
.
Bahan-bahannya ialah:
1/2 biji tomato
1/2 biji lemon

Segar dari pasar!


Cara-caranya:
1) Blender tomato sekali dgn kulitnya sehingga menjadi jus.
2) Perah lemon ke dalam jus tomato dan gaul sebati.
3) Kemudian, celupkan kapas ke dalam campuran jus tomato dan lemon tadi. Tepek pada bekas jerawat.
4) Tunggu sehingga kering dan bilas guna air suam.
.
.
Mudah bukan?
Selamat mencuba!
Tips ini boleh diamalkan setiap hari tau..
Kalau nak cantik rajin-rajinkan lah diri korang tu ye..
Tak rugi pun...


Thursday, October 11, 2018



BBM3410/18

GANGGUAN BEKALAN AIR!

Bertemu kembali...
Okay kali ini aku nak cerita tentang gangguan bekalan air di kolej..
Aku duduk kolej serumpun...
Eh kolej 16 lah..
Kejap! Apa beza kolej 16 dgn serumpun..?
Ada sapa2 boleh jwb tak soalan aku nie..
.
.
Dua hari lepas aku ada terima notis gangguan bekalan air kat aplikasi Whatsapp..
Notis gangguan bekalan air tu selama tiga hari bermula hari Selasa 9/10/2018 hingga 11/10/2018. Macam-macam muncul dalam minda aku..
Macam mana aku nak mandi,,
Macam mana nak basuh baju,,
Macam mana aku nak ambik wudhuk..
.
.
Aduhh, stress betul lah bila fikir masalah ni..
.
.
Aku harap cepatlah air ada balik kat kolej tu..
Tak selesa pulak nak ke sungai kecil dan sungai besar bila..


Dah surut dah air dlm baldi aku nie!





BBM3410/18

ASYIK LAPAR!

Ramai yang mengatakan kaum perempuan ni cepat lapar..hmm betul ke?
.
.
Pada pendapat aku, tak kisahlah lelaki ke perempuan ke, sama je..
Kalau dah lapar memang rasa nak makan je..
Tp kan.. yg hairannya, baru je lepas makan tapi nak makan lagi.
Aku musykil lah, diorang ni bela saka ke ape eh..
.
.
Baiklah, harini aku nak kongsikan macam-macam jenis lapar..
Tapi nak kongsikan jenis yang aku tahu jelah ye..hehehe
.
.
1) Kelaparan mata
Lapar mata ni bermaksud bila pandang je makanan terus rasa lapar, rasa nak makan...
Makanan yg kita tengok tu begitu menyelerakan..



2) Kelaparan hidung
Bau makanan yang wangi sudah tentu membuatkan kita rasa lapar.
Bayangkan bila jalan-jalan dekat pusat beli-belah, lalu pulak dekat depan Family Mart..
Terus rasa lapar rasa nak makan oden..hihihi



3) Kelaparan mulut
Mesti korang pernah alami situasi yang korang tak lapar tapi mulut rasa macam nak mengunyah sesuatu..
Sejujurnya aku selalu alami situasi ni..
Dekat bilik aku wajib sediakan stok keropok yang banyak..hahaha



4) Kelaparan perut
Kelaparan perut ni semua orang pernah rasa.
Perut berbunyi merupakan tanda tubuh kita perlukan makanan dan perut perlu diisi dengan kadar segera.
Ya, segera...
Tak boleh lengah-lengah..



5) Kelaparan minda
Apabila melayari media sosial dan terbaca pasal makanan terus terdetik di minda...
"Aku mesti cuba makanan ni".
"Eh, makanan ni nampak sedap lah".
Segala yang muncul dalam minda akan membuatkan anda lapar dan rasa perlu makan.
Lagi-lagi pada bulan puasa..
Telan air liur kau!




Ok, itu saja perkongsian aku untuk kali ini..





BBM3410/18

TUGASAN MINGGU KELIMA !!

Selamat pagi semua!
.
.
Hari Isnin haritu Prof ada bagi tugasan Fotografi masa kelas Multimedia..
.
.
Aku bukannya tak suka Prof bagi tugasan, tapi itu lah...
Prof ni beri tugasan tapi kami kena siapkan dalam tempoh masa yang singkat..
Macam biasa, Prof akan tetapkan dateline.
.
.
Tugasan tersebut hanya boleh dibuat dalam tempoh masa sejam je..
Ya, sejam je kawan-kawan!
Tugasan bermula jam 11.30 sehingga jam 12.30 tengah hari..
.
.
Kami ahli kumpulan apa lagi...
Semua menggelabah cari produk dan tempat yang sesuai untuk jalankan aktiviti fotografi ni..
.
.
Di bawah ni merupakan hasil gambar yang telah kami tangkap.

1) Flatlay


2) Half Flatlay



3) Quarter Flatlay

4) Zero Flatlay



Yang last nie gambar aku dan ahli kumpulan semasa proses membuat tugasan tersebut.


Kumpulan Panglima Awang yg hebat!


Tuesday, October 2, 2018



BBM 3410/18

MAKAN! MAKAN! MAKAN!

Assalamualaikum !

Hari ni aku nk kongsikan resipi mee goreng kegemaran adik aku..hehehe
.
.
Bahan-bahan yg diperlukan spt berikut:
1 bungkus mee kuning
2 ulas bawang putih dicincang
1 paket fishball
1 biji tomato
1 mangkuk sawi
beberapa ekor udang segar
.
.
Bahan A
3 sudu cili kisar (kalau nak pedas bubuhlah lebih..aku selalu letak lebih melampau sbb adik aku makan pedas)
2 sudu kicap lemak manis dan kicap lemak masin
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
Sedikit garam dan serbuk perasa
.
.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan udang.
2. Masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan tomato dan sawi yang telah dipotong. Kacau sebentar.
4. Masukkan mee dan kacau sebati
5. Dah siap!! Sedia untuk dihidangkan.


Alhamdulillah. Helok kejadiannya!


Tomato dan udang aku suka letak lebih.
.
.
Yelah, masak sendiri tak payah lah nak kedekut sgt kan.
.
.
Last2 masuk perut jugak..

#AkuYangMasakAdikAkuYangKenyang



BBM 3410/18

ANAK PERANTAU !

Percaya atau tidak..
.
.
Tak semua orang yang tinggal jauh dari family mempunyai pengalaman yang indah-indah belaka.
Keseronokan akan hilang bila sakit menyapa !
Saat ini akan timbul perasaan sedih kerana berjauhan daripada keluarga..
.
.
Namun, aku bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang mengambil berat tentang diri ini.
.
.
Ada masanya aku ingin sekali pulang,
Aku ingin meninggalkan semua masalah yang dialami di sini,
Ada masanya aku rindu sekali dengan semua orang di rumah,
Aku rindu mendengar celoteh mereka.
.
.
Ya, aku R.I.N.D.U


Happy family!


Ah seandainya aku memiliki pintu ke mana saja yang dicipta Doraemon !
Ingin sekali aku memilikinya..
.
.
Dari jauh aku hanya mampu mengirimkan doa buat mereka.
Ya, mereka!
Mereka adalah orang-orang yang aku sayangi.
.
.
Salam sayang buat semua!




BBM3410/18

PESTA MAKANAN TRADISIONAL MELAYU !

Bertemu kembali !
Pada 25 September yang lalu iaitu minggu ke3 kuliah..
.
.
Aku dan rakan-rakan telah mengunjungi Pesta Makanan Tradisional Melayu yang bertempat di Laman Muzium Warisan Melayu, UPM.
.
.
Pesta tersebut bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.


Chef jemputan !



Aku menunggu bas seawal jam 8:00 am untuk hadir ke fakulti bagi mengikuti majlis perasmian Pesta Makanan. Selesai majlis perasmian para pelajar diberi free meals.
.
.
Macam-macam jenis makanan dan minuman yang dijual semasa berlangsungnya pesta tersebut.
Aku berpeluang merasa pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap!



Bergambar sebelum masuk dewan!