Saturday, December 8, 2018


BBM3410/18 : FACEBOOK ATAU MUKA BUKU !

Hai semua!
Diharapakan korang semua berada dlm keadaan sihat hendaknya..
.
.
Kemaskini akaun Instagram sudah..
Kemaskini akaun Twitter sudah..
.
.
Untuk kelas Multimedia bagi Minggu 12 aku dan rakan-rakan kena kemaskini akaun Facebook.
.
.
Aku dan rakan-rakan ditugaskan utk memuat naik gambar bersama dengan Prof..
.
.
Post tersebut hendaklah disetkan sebagai public dan diletakkan watermark pada gambar.



Post pertama !


Post kedua !


Gambar yang diletakkan watermark !

Ini sahaja perkongsian aku buat kali ini..
.
.
Terima kasih pada yg sudi membaca..

Thursday, December 6, 2018



BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH !!

Apa itu video tanpa wajah?
Video tanpa wajah bermaksud rakaman video yang dibuat tanpa memaparkan wajah para pelakon ke dalam video tersebut.
.
.
Berikut merupakan proses penting dalam penghasilan video tanpa wajah :
.
.
1) Pemilihan lagu
Lagu yang dipilih mestilah menarik.
.
.
2) Jalan cerita berdasarkan lagu
Jalan cerita mestilah berkait dengan lagu yang dipilih bagi menarik minat penonton.
.
.
3) Sudut rakaman yang sesuai
Sudut rakaman yang bagus akan menghasilkan video yang menarik dan berkualiti.
Pemilihan sudut yang sesuai dapat mengelakkan wajah pelakon kelihatan.




BBM3410 : VIDEO ONE SHOT !!

Assalamualaikum semua!
Apa itu video one shot?
Video one shot bermaksud video yang dirakam tanpa henti dan kedudukan kamera yang statik tanpa mengubah kedudukannya.
.
.
1) Video one shot 1 layer
Bermaksud rakaman yang dibuat melibatkan latar tempat yang kosong dan hanya individu yang terlibat berada dalam video.
.
.
2) Video one shot 2 layer
Melibatkan dua lapisan pergerakan. 
Contohnya:
a) Penyanyi berfungsi sebagai lapisan pertama dalam video.
b) Pelakon berfungsi sebagai lapisan kedua dalam video.
.
.
3) Video one shot 3 layer
Melibatkan tiga lapisan pergerakan.
Contohnya:
a) Penyanyi berfungsi sebagai lapisan pertama dalam video.
b) Pelakon berfungsi sebagai lapisan kedua dalam video.
c) Pergerakan yang tidak dirancang sama ada tumbuhan atau manusia.




BBM3410 : PAPAN CERITA !!

Hai semua..
.
.
Apa itu papan cerita?
.
.
Papan cerita ialah lakaran untuk menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia.

Ia juga dianggap sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak atau media interaktif.

Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Proses penghasilan e-majalah.
.
.
1. Pilih satu jenis produk yang menarik untuk divariasikan.
Pastikan produk yang dipilih mudah untuk divariasikan jenis produk tersebut.
Contohnya : Baju.
.
.
2. Variasikan kepada pelbagai jenis produk yang berbeza. 
Produk tersebut haruslah mempunyai perbezaan.
Contohnya:
a) Baju wanita
b) Baju lelaki
c) Baju kanak-kanak
.
.
3. Paparan teks.
Setiap produk mempunyai paparan teks iaitu huraian kepada produk.
Paparan teks penting agar maklumat yang ingin disampaikan dapat diketahui oleh pembaca.
Contohnya:
a) Jenis fabrik
b) Kesesuaian majlis 

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK !!

Selamat petang semua!
Harini aku nak share dgn korang nota asas grafik.
.
.
Apa itu grafik?
Grafik bermaksud kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang dan perkataan bagi menterjemahkan konsep atau idea kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu.
.
.
Terdapat lima jenis asas grafik yang utama iaitu:
.
.
1) Mudah
Gambar yang dipaparkan dapat difahami dan menunjukkan kefahaman yang jelas kepada penonton.
.
.
2) Keseimbangan
Susunan bahan atau objek mestilah seimbang dan mengikut ukuran sudut yang betul bagi setiap gambar.
.
.
3) Kesesuaian
Objek yang dipaparkan dalam gambar mestilah bersesuaian dari segi susunan, bentuk dan warna.
.
.
4) Teks
Teks memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.
.
.
5) Warna
Warna yang menarik dan pelbagai dapat menarik minat pembaca.

Friday, November 16, 2018



BBM3410/18

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN VIDEO ONE SHOT TWO LAYER !

Hai semua...
Korang semua apa khabar? Sihat ke?
.
.
Harini aku nk cerita tentang pembikinan video one shot two layer kumpulan kitorang..
iaitu kumpulan..
.
.
Panglima Awang..
.
.
Susah betul nak buat pemilihan lagu untuk video kali nie..
3 hari kitorang fikir..hhmmm
.
.
Setelah berbincang...
Akhirnya, kitorang sepakat memilih lagu Joget Lambak nyanyian Adam...
Lagu nie betul-betul rancak bg aku...



Sebelum pembikinan video..


Selepas pembikinan video...


Aku tak sabar nak tgok video lg tujuh kumpulan selain kumpulan kitorang..hehehe
Sama-samalah kita nantikan hari Isnin nie..

BBM3410/18

VIDEO ONE SHOT ONE LAYER MENDAPAT PUJIAN !

Hello gais...
.
.
Pada hari Isnin baru-baru, aku dan rakan-rakan telah mempersembahkan video one shot one layer yg kitorang hasilkan semasa kelas Multimedia..
.
.
Di antara 8 video yg ditayangkan..
Prof umumkan bahawa ada 2 kumpulan yg terbaik dan Prof suka..
Kumpulan pertama...
Kumpulan Mawar Production dgn lagu yg berjudul Syinta Gila..
dan..
.
.
Kumpulan Panglima Awang dgn lagu yg berjudul Hajat (yg nie kumpulan aku tau)...
.
.
Korang boleh tgok video kitorang kat bawah nie...
.
.
Selamat menonton !