BBM3410/18
JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG!
Hai semua!
.
.
Minggu lepas aku dan rakan-rakan ada presentation bagi subjek Keterampilan Berbahasa Melayu.
Pada pendapat korang lah kan..
Mudah atau sukar untuk menyampaikan ucapan di hadapan khalayak?
Aku ni jarang beri ucapan depan khalayak..
Jadi, bagi aku agak sukar..
Aku lebih gemar menulis..hehehe
.
.
Aku dan ahli kumpulan membuat latihan sebelum presentation yg sebenar..
Bagi aku, latihan ni penting sebab kita tidak boleh berucap melebihi masa yang telah ditetapkan.
Masa yang diperuntukkan hanyalah 10 minit..
Kalau lebih dari 10 minit markah akan dipotong..hohoho
Abislah kau!
.
.
Yang paling aku risau ialah dialek!
Kang lidah ni tersasul keluar dialek kelantan naya aku kena bahan..
.
.
Syukur, alhamdulillah..
Walaupun kami datang dari negeri yang berlainan namun kami semua berjaya bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu baku dengan baik semasa presentation berlangsung.
Syabas rakan-rakan!
.
Aku sayang korang!
.
Muahhh!
Gambar kami bersama Dr Norazlina (Pensyarah subjek Keterampilan Berbahasa Melayu) |
No comments:
Post a Comment