Tuesday, October 30, 2018


BBM3410/18

HARI KONVOKESYEN AMOI !!

Assalamualaikum dan salam ukhwah!
.
.
Hari ahad lepas rumet aku konvo..
Nama penuh dia Nurul Fazilah Azuana binti Saidul..
Sedap kan nama dia..
.
.
Nak tahu tak aku panggil dia ape?
.
.
Aku panggil Amoi...
Kenapa Amoi?
Aku pun tak tahu sbb first time berkenalan dia kenalkan diri dia dgn nama Amoi..
Jadi aku panggil Amoi jelah walaupun dia bukan Chinese..hahaha
.
.
Rumet aku nie asal Sabah...
Dia dtg sini 3 hari sebelum konvo..
Awal kan?

Tahniah rumet yg cantik!

Kenapa mesti kaitkan bunga dengan majlis konvo?
.
.
Rasa mcm tak lengkap kan sambutan konvo tanpa jambangan bunga..

Jambangan bunga utk rumet tercinta!

Jambangan bunga dan bear nie tak mahal mana pun...
Yg penting ikhlas...hehehe
.
.
Aku dtg awal haritu..
Alhamdulillah aku sempat jumpa dia sblm dia masuk dewan..
Aku sengaja dtg awal sbb skrg nie selalu hujan petang..
Dah musim tengkujuh agaknya..
.
.
Sangkaan aku tepat...
Pada ptg tu langit menangis...
Boleh jd ahli nujum mak belalang aku nie..

Friday, October 26, 2018


BBM3410/18

HAJAT !!!

Bertemu lagi gais!
.
.
Baiklah, dalam entri kali ini aku nak ceritakan tentang persediaan aku and the geng
sebelum record video one shot yang sebenar...
.
.
Korang tahu tak?
Selepas 2 hari dapat tugasan baru kitorang terkial-kial nak...
Hafal lirik...
Hafal step..
Atur kedudukan..
Berlatih menari..
dan macam-macam lg lah..
.
.
Kitorang ambik masa 1 jam je tau utk berlatih..
Haa apa? Tak percaya?
Aku tak suruh korang percaya pun..hahaha
.
.
Byk kali jugak lah kitorang record video one shot yang sebenar..
Ada dalam 5 kali kot..
Bukan apa..
Record banyak kali tu sbb kitorang pentingkan kualiti..
.
.
Kualiti lah sgt..
Padahal ada yg terkeluar dari landasan masa record video tu..hahaha
.
.
Kat bawah nie aku kongsikan gambar lepas selesai buat video..
Becak ketiak woi...

Gaya formal!


Free style!







BBM3410/18

TUGASAN MINGGU TUJUH !!

Assalamualaikum semua!
.
.
Pada tarikh 22 Oktober yang lalu aku dan kawan-kawan diberikan tugasan oleh Prof..
.
.
Huhhh...Tugasan lagi..
Haaa! Tengok, belom apa-apa dah mengeluh..hahaha
.
.
Korang nak tahu tak ape tugasannya?
Tugasan kali nie agak mencabar bagi aku sbb kitorang kena hasilkan one shot video..
.
.
Aduhh....
Nak kena miming dan menari lah pulak..
.
.
Pada mulanya aku and the gang memilih lagu bertajuk Aisyah nyanyian oleh Projector Band..
Tapi bila aku baca dan teliti lirik lagu tu..
Aku rasa kitorang kena tukar lagu sbb lirik lagu tu ada percampuran kod antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris..
.
.

Aku letak gambar je.. Korang boleh dgr lagu nie kat YouTube!

Prof cakap boleh pilih lagu melayu sahaja!
.
.
Jadi, setelah berbincang sesama ahli kumpulan...
Kami sebulat suara memilih lagu Hajat nyanyian Hael Husaini..
Hah? Sape Hael?
Ada yg tak kenal ke?

Hensem betullah Hael nie..

Lagu nie lagu baru tau..
Korang dah pernah dgr belom?
Kalau belom pergi buka JOOX sekarang! Hahaha
.
.
Aku harap menjadi lah video kitorang nt dan tak kena ulang buat banyak kali...


Thursday, October 18, 2018


BBM3410/18

BAGAIMANA MENGATASI KEGUGUPAN!

Bertemu kembali!
.
.
Rasa cemas, gugup dan gementar sewaktu berhadapan dgn khalayak semasa memberi ucapan?
Kalau korang nak tahu, hampir 75% orang dewasa mengalami situasi ini sewaktu berucap.
.
.
Jadi, di sini aku nak kongsikan beberapa tips utk mengatasi masalah ini.
.
.
1) Selitkan unsur jenaka
Semasa memberi ucapan, kita tidak boleh terlalu serius kerana audien mungkin sukar menerima apa yang kita cuba sampaikan.
Untuk menarik perhatian mereka..
kita boleh membuat selingan dgn menyelitkan unsur jenaka supaya suasana lebih santai dan selesa.

2) Tonjolkan ekspresi dan emosi
Semasa bercakap, cuba tunjukkan emosi supaya tdk kelihatan terlalu formal dan kaku di hadapan audien.

3) Latihan demi latihan
Tidak semua org ada bakat untuk bercakap dengan baik.
Namun, walaupun tidak berbakat, kita boleh mahirkan diri dengan berlatih bercakap di hadapan orang lain.
Melalui latihan yang berterusan kita dapat meningkatkan kemahiran bercakap dan mengesan kelemahan diri.
Insya-Allah..
.
.
Aku harap tips yang aku berikan ini dapat membantu kalian!

BBM3410/18

JANTUNGKU BERDEGUP KENCANG!

Hai semua!
.
.
Minggu lepas aku dan rakan-rakan ada presentation bagi subjek Keterampilan Berbahasa Melayu.
Pada pendapat korang lah kan..
Mudah atau sukar untuk menyampaikan ucapan di hadapan khalayak?
Aku ni jarang beri ucapan depan khalayak..
Jadi, bagi aku agak sukar..
Aku lebih gemar menulis..hehehe
.
.
Aku dan ahli kumpulan membuat latihan sebelum presentation yg sebenar..
Bagi aku, latihan ni penting sebab kita tidak boleh berucap melebihi masa yang telah ditetapkan.
Masa yang diperuntukkan hanyalah 10 minit..
Kalau lebih dari 10 minit markah akan dipotong..hohoho
Abislah kau!
.
.
Yang paling aku risau ialah dialek!
Kang lidah ni tersasul keluar dialek kelantan naya aku kena bahan..
.
.
Syukur, alhamdulillah..
Walaupun kami datang dari negeri yang berlainan namun kami semua berjaya bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu baku dengan baik semasa presentation berlangsung.

Syabas rakan-rakan!
.
Aku sayang korang!
.
Muahhh!




Gambar kami bersama Dr Norazlina (Pensyarah subjek Keterampilan Berbahasa Melayu)




BBM3410/18

ITS TIPS TIME !

Topik kita harini ialah:

PARUT JERAWAT LENYAP DENGAN 2 BAHAN DAPUR

Biasalah bila jerawat dah hilang,
parut jerawat pulak yg jd masalah kan?
Sebenarnya senang je nak atasi masalah ni.
Kita hanya perlu gunakan 2 bahan yg ada kt dapur tu je.
.
.
Bahan-bahannya ialah:
1/2 biji tomato
1/2 biji lemon

Segar dari pasar!


Cara-caranya:
1) Blender tomato sekali dgn kulitnya sehingga menjadi jus.
2) Perah lemon ke dalam jus tomato dan gaul sebati.
3) Kemudian, celupkan kapas ke dalam campuran jus tomato dan lemon tadi. Tepek pada bekas jerawat.
4) Tunggu sehingga kering dan bilas guna air suam.
.
.
Mudah bukan?
Selamat mencuba!
Tips ini boleh diamalkan setiap hari tau..
Kalau nak cantik rajin-rajinkan lah diri korang tu ye..
Tak rugi pun...


Thursday, October 11, 2018



BBM3410/18

GANGGUAN BEKALAN AIR!

Bertemu kembali...
Okay kali ini aku nak cerita tentang gangguan bekalan air di kolej..
Aku duduk kolej serumpun...
Eh kolej 16 lah..
Kejap! Apa beza kolej 16 dgn serumpun..?
Ada sapa2 boleh jwb tak soalan aku nie..
.
.
Dua hari lepas aku ada terima notis gangguan bekalan air kat aplikasi Whatsapp..
Notis gangguan bekalan air tu selama tiga hari bermula hari Selasa 9/10/2018 hingga 11/10/2018. Macam-macam muncul dalam minda aku..
Macam mana aku nak mandi,,
Macam mana nak basuh baju,,
Macam mana aku nak ambik wudhuk..
.
.
Aduhh, stress betul lah bila fikir masalah ni..
.
.
Aku harap cepatlah air ada balik kat kolej tu..
Tak selesa pulak nak ke sungai kecil dan sungai besar bila..


Dah surut dah air dlm baldi aku nie!





BBM3410/18

ASYIK LAPAR!

Ramai yang mengatakan kaum perempuan ni cepat lapar..hmm betul ke?
.
.
Pada pendapat aku, tak kisahlah lelaki ke perempuan ke, sama je..
Kalau dah lapar memang rasa nak makan je..
Tp kan.. yg hairannya, baru je lepas makan tapi nak makan lagi.
Aku musykil lah, diorang ni bela saka ke ape eh..
.
.
Baiklah, harini aku nak kongsikan macam-macam jenis lapar..
Tapi nak kongsikan jenis yang aku tahu jelah ye..hehehe
.
.
1) Kelaparan mata
Lapar mata ni bermaksud bila pandang je makanan terus rasa lapar, rasa nak makan...
Makanan yg kita tengok tu begitu menyelerakan..



2) Kelaparan hidung
Bau makanan yang wangi sudah tentu membuatkan kita rasa lapar.
Bayangkan bila jalan-jalan dekat pusat beli-belah, lalu pulak dekat depan Family Mart..
Terus rasa lapar rasa nak makan oden..hihihi



3) Kelaparan mulut
Mesti korang pernah alami situasi yang korang tak lapar tapi mulut rasa macam nak mengunyah sesuatu..
Sejujurnya aku selalu alami situasi ni..
Dekat bilik aku wajib sediakan stok keropok yang banyak..hahaha



4) Kelaparan perut
Kelaparan perut ni semua orang pernah rasa.
Perut berbunyi merupakan tanda tubuh kita perlukan makanan dan perut perlu diisi dengan kadar segera.
Ya, segera...
Tak boleh lengah-lengah..



5) Kelaparan minda
Apabila melayari media sosial dan terbaca pasal makanan terus terdetik di minda...
"Aku mesti cuba makanan ni".
"Eh, makanan ni nampak sedap lah".
Segala yang muncul dalam minda akan membuatkan anda lapar dan rasa perlu makan.
Lagi-lagi pada bulan puasa..
Telan air liur kau!




Ok, itu saja perkongsian aku untuk kali ini..





BBM3410/18

TUGASAN MINGGU KELIMA !!

Selamat pagi semua!
.
.
Hari Isnin haritu Prof ada bagi tugasan Fotografi masa kelas Multimedia..
.
.
Aku bukannya tak suka Prof bagi tugasan, tapi itu lah...
Prof ni beri tugasan tapi kami kena siapkan dalam tempoh masa yang singkat..
Macam biasa, Prof akan tetapkan dateline.
.
.
Tugasan tersebut hanya boleh dibuat dalam tempoh masa sejam je..
Ya, sejam je kawan-kawan!
Tugasan bermula jam 11.30 sehingga jam 12.30 tengah hari..
.
.
Kami ahli kumpulan apa lagi...
Semua menggelabah cari produk dan tempat yang sesuai untuk jalankan aktiviti fotografi ni..
.
.
Di bawah ni merupakan hasil gambar yang telah kami tangkap.

1) Flatlay


2) Half Flatlay



3) Quarter Flatlay

4) Zero Flatlay



Yang last nie gambar aku dan ahli kumpulan semasa proses membuat tugasan tersebut.


Kumpulan Panglima Awang yg hebat!


Tuesday, October 2, 2018



BBM 3410/18

MAKAN! MAKAN! MAKAN!

Assalamualaikum !

Hari ni aku nk kongsikan resipi mee goreng kegemaran adik aku..hehehe
.
.
Bahan-bahan yg diperlukan spt berikut:
1 bungkus mee kuning
2 ulas bawang putih dicincang
1 paket fishball
1 biji tomato
1 mangkuk sawi
beberapa ekor udang segar
.
.
Bahan A
3 sudu cili kisar (kalau nak pedas bubuhlah lebih..aku selalu letak lebih melampau sbb adik aku makan pedas)
2 sudu kicap lemak manis dan kicap lemak masin
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
Sedikit garam dan serbuk perasa
.
.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan udang.
2. Masukkan Bahan A dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan tomato dan sawi yang telah dipotong. Kacau sebentar.
4. Masukkan mee dan kacau sebati
5. Dah siap!! Sedia untuk dihidangkan.


Alhamdulillah. Helok kejadiannya!


Tomato dan udang aku suka letak lebih.
.
.
Yelah, masak sendiri tak payah lah nak kedekut sgt kan.
.
.
Last2 masuk perut jugak..

#AkuYangMasakAdikAkuYangKenyang



BBM 3410/18

ANAK PERANTAU !

Percaya atau tidak..
.
.
Tak semua orang yang tinggal jauh dari family mempunyai pengalaman yang indah-indah belaka.
Keseronokan akan hilang bila sakit menyapa !
Saat ini akan timbul perasaan sedih kerana berjauhan daripada keluarga..
.
.
Namun, aku bersyukur kerana masih ada kawan-kawan yang mengambil berat tentang diri ini.
.
.
Ada masanya aku ingin sekali pulang,
Aku ingin meninggalkan semua masalah yang dialami di sini,
Ada masanya aku rindu sekali dengan semua orang di rumah,
Aku rindu mendengar celoteh mereka.
.
.
Ya, aku R.I.N.D.U


Happy family!


Ah seandainya aku memiliki pintu ke mana saja yang dicipta Doraemon !
Ingin sekali aku memilikinya..
.
.
Dari jauh aku hanya mampu mengirimkan doa buat mereka.
Ya, mereka!
Mereka adalah orang-orang yang aku sayangi.
.
.
Salam sayang buat semua!




BBM3410/18

PESTA MAKANAN TRADISIONAL MELAYU !

Bertemu kembali !
Pada 25 September yang lalu iaitu minggu ke3 kuliah..
.
.
Aku dan rakan-rakan telah mengunjungi Pesta Makanan Tradisional Melayu yang bertempat di Laman Muzium Warisan Melayu, UPM.
.
.
Pesta tersebut bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.


Chef jemputan !



Aku menunggu bas seawal jam 8:00 am untuk hadir ke fakulti bagi mengikuti majlis perasmian Pesta Makanan. Selesai majlis perasmian para pelajar diberi free meals.
.
.
Macam-macam jenis makanan dan minuman yang dijual semasa berlangsungnya pesta tersebut.
Aku berpeluang merasa pelbagai jenis makanan dan minuman yang sedap!



Bergambar sebelum masuk dewan!